Isnin, 22 November 2010
Isnin, 22/11/2010 - Penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin, Yousuf Rizqa dengan tegas mengutuk kenyataan yang dibuat oleh kerajaan yang tidak diiktiraf di Ramallah, Salam Fayyad baru-baru ini tentang penentangan dan keselamatan negara jajahan rejim Zionis.
Dalam kenyataannya pada Ahad lepas, Rizqa menyifatkan kenyataan Fayyad itu sebagai kata putus kepada proses rundingan ke arah penyatuan dalaman gerakan-gerakan Palestin dan mesti dipandang serius serta tegas. Katanya lagi, Fayaad telah menafikan hak-hak Hamas dan gerakan-gerakan perjuangan yang lain terhadap sistem keselamatan di Genting Gaza dan Tebing Barat.
Penasihat politik itu menegaskan bahawa pendirian Hamas tentang langkah-langkah keselamatan tidak termasuk idea tentang kepelbagaian dalam keselamatan seperti apa yang didakwa oleh Fayyad yang cuba menipu para pemerhati. Hamas sentiasa menegaskan tentang kerjasama keselamatan dan keimanan yang diyakinin mampu melindungi keselamatan rakyat Palestin dan bukannya keselamatan negara penjajah rejim Zionis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
- Back to Home »
- Rizqa selar kenyataan Fayyad tentang penentangan, melindungi keselamatan Israel
Catat Ulasan