Jumaat, 3 Disember 2010




Ketika Rasulullah s.a.w berhasil mendidik umat Islam menjadi suatu bangsa yang berakhlak, beradab, sangat kuat bergantung kepada Tuhan, gagah, mampu menumbangkan kerajaan Roma dan Persia dan mampu memimpin tiga suku dunia, semua manusia kagum. Lebih-lebih lagi, umat Arab yang dididik dan dipimpin oleh Rasulullah itu asalnya hanyalah pengembala-pengembala kambing yang hidup berkabilah-kabilah di padang pasir, tidak berilmu, tidak pandai membaca dan menulis, tidak berperadaban dan tidak bijak seperti bangsa-bangsa lain.


Berbeda dengan bangsa Yahudi. Selain mereka itu bangsa yang tertua di dunia dan mempunyai banyak ilmu dan pengalaman, mereka juga merasakan mereka itu bangsa yang terpilih. Kebanyakan para nabi dan rasul adalah dari kalangan bangsa mereka.


Oleh karena itu, ketika Rasulullah s.a.w. diutus dari kalangan bangsa Arab, bangsa Yahudi sangat cemburu dan iri hati. Mereka takut dengan kekuatan umat Islam.



Karena itulah kemudian mereka mengkaji apakah rahasia dan sebab utama yang menjadikan umat Islam jadi kuat. Mereka mencari tahu apa formula yang digunakan oleh Rasulullah untuk mendidik bangsa Arab yang sebegitu jahil dan lemah sehingga bisa menjadi suatu bangsa yang begitu gigih dan hebat. Mereka dapati bahwa Rasulullah telah mendidik bangsa Arab itu dengan (1)ketauhidan. Mereka (2)dikenalkan kepada Allah dan kepada Akhirat. (3)Hati-hati mereka di bersihkan daripada dunia dan dari segala sifat-sifat yang keji sehingga bangsa Arab yang dipimpin dan dididik oleh Rasulullah itu menjadi bangsa yang sangat cinta dan takut dengan Tuhan, sangat cinta akhirat dan sangat berkasih sayang di antara satu sama lain.



Orang-orang Yahudi juga mendapati bahawa kekuatan umat Islam ketika itu bertolak daripada empat perkara seperti berikut:

Taqwa
Perpaduan
Taat kepada Rasulullah
Tawassul



Oleh kerana iri hati, takut dan tidak redhanya bangsa Yahudi terhadap umat Islam, maka mereka mencari jalan dan merancang untuk merusakkan semua perkara yang menjadi asas kekuatan umat Islam ini. Supaya umat Islam menjadi lemah. Mereka berusaha sedaya upaya supaya keempat-empat perkara ini dienyahkan atau dihindarkan dari umat Islam. Mereka coba pisahkan umat Islam daripada keempat-empat sumber kekuatan ini. Mereka takut-takutkan umat Islam dari mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara tersebut atas berbagai-bagai alasan. Taksublah, syiriklah, sesatlah, bukan dari ajaran Islamlah dan berbagai-bagai lagi. Padahal para sahabat sangat menghayati dan sangat mengamalkan perkara-perkara tersebut diatas. Kerana itulah para sahabat jadi hebat dan kuat dan ditakuti oleh musuh terutama Yahudi dan Nasrani.



Mari kita lihat bagaimana Yahudi berusaha memisahkan dan menjauhkan umat Islam dari asas-asas kekuatan ini:

1. Taqwa



Dilalaikan umat Islam dengan amalan-amalan lahir semata-mata. Dicegah dan diharamkan hal-hal dan amalan-amalan yang berbentuk rohaniah, malahan disesatkan. Amahan-amalan tareqat yang banyak menjurus kepada membina roh, memperbaiki hati dan mendidik nafsu tidak digalakkan malahan dikatakan bukan dari ajaran Islam. Dikatakan semua itu hanya ciptaan orang-orang terkemudian dan dianggap bida’ah.



Fahaman Wahabi banyak membawa isu seperti ini. Fahaman Wahabi sangat merusakkan ketaqwaan umat Islam. Fahaman Wahabi sangat menguntungkan musuh Islam. Memang fahaman Wahabi itu dicetuskan oleh Yahudi dan musuh-musuh Islam. Disamping Wahabi, inilah juga kerja para-para ulama yang dididik dan mendapat ijazah dan Ph.d ilmu Islam dari pusat-pusat pengajian di Barat dan Amerika yang guru-guru mereka sendiri tidak Islam.



Akibatnya ibadah dan amalan umat Islam kini hanya tinggal yang lahir sahaja. Tidak ada rohnya. Solat tidak ada roh. Puasa tidak ada roh. Haji tidak ada roh. Baca Quran tidak ada roh. Semua amalan-amalan tersebut terputus dari Tuhan, tidak mendatangkan satupun kebaikan dan tidak dapat membina keinsanan umat Islam.



Ibadah hanya untuk mengejar pahala dan fadhilat. Tuhan tidak ada dalam ibadah. Ibadahbukan lagi untuk mendapat rahmat, kasih sayang dan keampunan Tuhan. Tuhan dihilangkan dari ibadah umat Islam. Sehingga hati-hati umat Islam dipenuhi dengan berbagai sifat mazmumah. Nafsu menjadi liar dan rakus.



Oleh kerana soal roh dikebelakangkan, maka agama Islam hanya tinggal akal. Segala hal dalam agama Islam hendak diselesaikan dan coba difahamkan dengan akal. Segala masalah umat Islam dirujuk kepada akal. Umat Islam tidak lagi merujuk kepada Tuhan dan tidak kembali lagi kepada Tuhan. Dalam ibadah dan kehidupan seharian, Tuhan ditinggal dan dilupakan. Hukum-hakam, perundangan, syariat, peraturan dan sistem yang Tuhan aturkan untuk manusia ditolak dan ditepikan. Semua itu diganti dengan sistem dan peraturan yang dicipta oleh akal manusia baik dalam bidang ekonomi, keuangan, pendidikan, perundangan dan sebagainya.

2. Perpaduan



Untuk memusnahkan kekuatan ini, bangsa Yahudi melahirkan berbagai ideologi dan isme-isme. Oleh itu, di kalangan sesama Islam, ada orang Islam yang berfahaman sosialis, nasionalis, kapitalis, demokrasi, bahkan ada orang Islam yang berfahaman komunis.



Dengan fahaman yang berbeda-beda ini, maka umat Islam berpecah kepada berbagai-bagai golongan, kumpulan dan partai mengikut fahaman mereka masing-masing. Fahaman-fahaman ini lebih kuat mencengkram individu-individu tersebut dari agama Islam itu sendiri sehingga agama Islam yang mereka sama-sama anuti jadi kecil dan lemah dan tidak mampu untuk menyatupadukan mereka. Umat Islam lebih berideologi daripada beragama. Ideologi mereka mengatasi agama mereka.



Dalam sistem demokrasi pula, diwujudkan sistem politik kepartaian. Maka umat Islam berpecah lagi ke dalam berbagai-bagai partai mengikut fahaman partai mereka masing-masing. Atas landasan demokrasi, mereka merebut kuasa pemerintahan. Mereka langsung berpecah kerana tidak sehaluan dan demi untuk menjaga kepentingan partai masing-masing. Ada partai yang bersifat nasionalis, sosialis, liberalis, buruh dan sebagainya. Orang Islam yang ada semangat untuk memperjuangkan Islam juga turut terpedaya dan terlibat dalam sistem demokrasi dan politik kepartaian anjuran Yahudi ini yang bertujuan untuk melemah, memecah dan memusnahkan perpaduan umat Islam dengan membentuk partai demokrasi Islam.

3. Taat kepada Rasulullah s.a.w.



Di zaman ini, kerana Rasulullah sudah tidak ada lagi bersama kita, oleh karena itu bisalah kita samakan ketaatan ini dengan ketaatan kepada guru, terutama guru mursyid laitu guru yang mengajar, mendidik, membimbing dan memimpin kita. Dalam Islam, perlu ada guru mursyid yang memimpin. Guru dan pemimpin perlu untuk mengikat murid-murid. Islam pula mewajibkan murid taat kepada guru.



Yahudi sangat berusaha memusnahkan hubungan murid dengan guru ini. Mereka coba putuskan. Apa yang diistilahkan sebagai ketaatan oleh Islam, mereka namakan taksub atau taksub yang buta tuli. Ketaatan yang dituntut oleh Islam dengan tujuan supaya hubungan antara murid dan guru menjadi kuat dan mudah untuk murid dididik dan dipimpin, diselewengkan dan dikatakan taksub yang bahaya karena guru mungkin menyalahgunakan murid untuk tujuan peribadi dan duniawi. Mereka menyangka guru mursyid itu seperti mereka juga yang tergila-gila akan dunia ini. Mereka coba cacatkan akhlak dan peribadi guru. Mereka guna lidah ulama-ulama yang berkepentingan dan yang gila dunia untuk tujuan ini. Ulama-ulama inilah yang membuat berisik di surat kabar dan media massa.

4. Tawassul



Tawassul adalah wasilah. Rasulullah S.A.W adalah wasilah bagi semua orang soleh dan orang mukmin. Tawassul adalah kelebihan yang Allah karuniakan kepada umat Islam. Orang awam bisa berdoa dengan perantaraan dan berkat Rasul dan orang-orang yang soleh dan bertaqwa.Doa seperti ini cepat makbul. Ini adalah satu dari kekuatan umat Islam. Yahudi berusaha menyesatkan tawassul ini. Dikatakan tawassul itu syirik kerana meminta kepada makhluk dan tidak meminta langsung kepada Allah. Ini supaya umat Islam takut dengan tawassul padahal ia adalah sumber kekuatan umat Islam. Mereka sembunyikan hakikat bahwa tawassul itu tetap meminta dari Tuhan, hanya diperkuatkan permintaan itu dengan berkat orang-orang soleh dan bertaqwa yang mereka itu sangat hampir dengan Tuhan.



Sangat licik orang Yahudi. Mereka tidak berusaha ke arah semua ini secara terus-menerus atau terang-terangan. Secara terus-menerus dan terang-terangan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana umat Islam akan curiga dan berwaspada terhadap angkara Yahudi ini. Mereka lakukannya secara halus. Mereka gunakan orang-orang Islam sendiri yang mereka pengaruhi untuk membuat kerja-kerja ini terutama yang mempunyai ilmu dan kuasa. Bak kata pepatah Melayu, “hendak tebang pokok kayu, kenalah minta tolong pada kayu.” Walaupun mata kapak itu besi tetapi hulunya kayu. Hendak musnahkan umat Islam, mesti gunakan orang Islam.



Betapa kini ramai umat Islam, khususnya di kalangan ulama, yang mendapat ilmu mereka dari guru Yahudi dan Nasrani terutama di beberapa universitas di Amerika dan Eropa. Guru-guru Yahudi dan Nasrani ini hafal Quran dan puluhan ribu hadits, tetapi tidak beriman dan tidak Islam. Mereka siram ulama-ulama ini dengan ilmu Islam yang tidak ada roh, yang menyeleweng, yang sudah tercemar, yang mustakmal dan mutannajis. Mudah saja kaum Yahudi melakukan perkara ini karena para ulama yang belajar dengan mereka bukan ikhlas belajar karena Allah. Mereka hanya maukan ijazah. Mereka belajar ilmu agama karena hendak memburu dunia. Mereka mau jabatan dan pangkat. Dunia lebih mereka cintai dari Islam dan Tuhan. Mereka ini cinta dunia dan takut mati. Kalau tidak, masakan mereka mau belajar Islam dengan orang kafir. Bukan saja ilmunya tidak berkat, malahan ia digunakan pula untuk merusak dan melemahkan Islam.



Kita mesti kembali kepada keempat-empat perkara yang menjadi tonggak kekuatan umat Islam ini. Kita mesti kembali kepada Taqwa. Kita mesti kembali Bersatu dan Berpadu. Kita mesti kembali taat kepada Rasulullah SAW dan guru-guru yang mereka adalah warisatul Anbiya {pewaris Nabi}. Kita mesti kembali kepada tawassul.



Kita mesti tentang habis-habisan segala usaha Yahudi untuk memisahkan umat Islam dari sumber-sumber kekuatan ini. Kita sudah tahu rahasia mereka. Kita sudah tahu tipu muslihatmereka. Kita sudah kenal siapa dalang dan perpanjangan tangan mereka.



Yahudi takut Islam kuat. Yahudi takut Islam gagah. Kita sudah tahu perkara-perkara yang kita perlu untuk membuatkan kita kuat dan gagah.





One Response so far.

  1. Tanpa Nama says:

    I am no longer positive the place you are getting your info, but good topic.
    I needs to spend a while studying more or understanding more.
    Thank you for excellent information I used to be in search
    of this information for my mission.

    my blog ... graduate certificate programs online

- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -