Isnin, 22 November 2010





Isnin, 22/11/2010 - Yayasan Aqsa untuk Dana dan Warisan melaporkan bahawa 2 hari lepas berlaku runtuhan di kawasan Masjid al-Aqsa sehingga membentuk lubang yang tidak diketahui kedalamannya berhampiran tempat di mana sebatang pokok tumbang kea rah masjid seminggu lepas.
Dalam kenyataan yayasan itu yang dikeluarkan pada Ahad lepas menggesa siasatan dilakukan ke atas beberapa insiden runtuhan yang berlaku di sekitar Masjid al-Aqsa dan punca banyak retakan yang boleh dilihat di bangunan masjid dan infrastruktur-infrastruktur di sekitarnya.
“Semua bukti menunjukkan wujudnya lubang yang digali oleh rejim Zionis di bawah tanah dan sekitar Masjid al-Aqsa.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/




- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -