Selasa, 23 November 2010



Kongsikan di Facebook



Umat Islam pada masa kini berada dalam keadaan yang cukup parah diheret yahudi dalam permainan dan tipu muslihat mereka .Permainan utama yang mereka mainkan adalah wang kertas – wang fiat yang kita gunakan. Itulah yang menjadi kekuatan disebalik keangkuhan yahudi. Mereka memperkenalkan matawang kertas yang disandarkan kepada emas pada asalnya untuk mengaburi mata umat Islam iaitu pada 1944, dengan perjanjian Bretton Woods. Tetapi, sedikit demi sedikit, tanpa segan silu dan penuh berani, mereka memulakan tipu muslihat dengan memutuskan sandaran matawang kepada emas pada 15 ogos 1971.

Bermula daripada saat itu, permainan yahudi semakin rancak dengan pengeluaran wang fiat, yang bersifat sifar, tidak disandarkan kepada sebarang nilai. Negara bebas mencetak wang dan nilainya hanyalah bergantung kepada penawaran dan permintaan terhadap matawang tersebut. Permainan yahudi semakin menjadi.

Pada wang kertas yang kita miliki sekarang ini, tidak akan ada sebarang nilai melainkan hanyalah janji sesebuah bank negara pada nilai sehelai kertas, contohnya tertera pada wang kertas Ringgit Malaysia, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Adalah tidak adil jika kita mempunyai RM 15 yang boleh kita membeli seekor ayam pada hari ini, tetapi akibat daripada spekulasi matawang oleh yahudi dibelakangnya, wang yang kita dapat dengan penat lelah hanya mampu membeli setengah ekor ayam pada keesokan harinya.

Apa yang dapat kita lihat sekarang ini, negara-negara umat islam menjadi negara yang miskin, walaupun di negara mereka terdapat khazanah alam yang cukup bernilai. Iraq dan Afganistan sebagai contoh, negara yang kaya dengan minyak mentah, negara yang sepatutnya maju dan kaya raya, tetapi melarat oleh kerana perancangan jahat yahudi ini.

Juga negara-negara di benua afrika yang kaya dengan emas, hanya sebilangan yang mampu makan dengan cukup setiap hari, dan yang selebihnya, kebuluran yang cukup daif. Sebagai contoh, negara Zimbabwe, 100 juta mereka, hanya mampu membeli 3 biji telur, sehinggakan duit kertas mereka dijadikan tisu tandas dek kerana tiada nilai.




Tidak mustahil matawang negara kita, yang dapat kita gunakan untuk membeli belah sekarang ini, tidak mempunyai sebarang nilai pada suatu hari nanti, oleh kerana konspirasi dan spekulasi jahat yahudi ini dan ketiadaan usaha kita untuk memperkukuhkan ekonomi dengan dinar.

Umat islam sekarang ini harus kembali kepada dinar dan dirham kerana itulah kuasa kita. Kuasa perantaraan yang kukuh dan adil untuk semua. Kita harus ingat, bahawasanya riba berada di dalam wang kertas kita sekarang ini, yang mana dibawa oleh yahudi ( bagaimana riba berada dalam wang kertas, boleh search google), tetapi ekonomi mereka sebenarnya bebas daripada riba.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


bacaan lanjut boleh ke 
*http://duniapalestin.blogspot.com/2010/11/dinar-emas-dalam-shariat-islam.html
*http://duniapalestin.blogspot.com/2010/11/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam.html

- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -