Ahad, 28 November 2010






Dunia sekali lagi menyaksikan keangkuhan Yahudi dalam membunuh dan menghapuskan masyarakat arab Palestin. Dengan jalan-jalan di sepanjang bandar Gaza semakin lengang. Malah ruang angkasa di kuasai oleh Helicopter Tempur milik tentera Israel. Malah dilaporkan tentera Israel melancarkan serangan baru setiap 20 minit.

Permulaan tahun 2009 , bermula dengan perang yang jelas menunjukan Israel , telah melakukan penghapusan bangsa. Hanya bersandarkan pada motto " KAMI HANYA MENCARI DAN MENGHAPUSKAN MILITAN ISLAM ", ternyata itu cuma satu pembohongan dan dalih. Kerana sehingga hari ini lebih 300 penduduk awam Palestin telah terkorban.


Walau sudah jelas , tindakan tentera Israel yang membunuh orang-orang awam. Tetapi Presiden Israel , Shimon Peres menegaskan, bahawa Israel tidak memerangi warga palestin di semenanjung Gaza dan hanya mensasarkan serangan kepada organisasi radikal Hamas. Malah beliau yakin bahawa kemenangan dan keadilan adalah di pihak Israel.



Tetapi beliau cuma menutup mata terhadap realiti yang sebenarnya. Serangan yang dilancarkan lebih kepada orang awam. Menyebabkan ramai kanak-kanak , wanita dan warga tua yang terbunuh. Lebih memburukan keadaan ialah , apabila mereka yang cedera tidak mendapat rawatan yang sempurna. Sekatan bekalan makanan dan perubatan telah di kenakan ke semenanjung gaza. Dibuat oleh israel seolah-olah mahu melihat bangsa arab Palestin lenyap di tanah air mereka sendiri.

Amerika pula hanya berdiam diri seperti biasa. Barack Obama enggan memberikan apa-apa kenyataan berhubung serangan Israel di Gaza. Walaupun beliau mengikuti perkembangan apa yang berlaku. Tetapi tidak memberi apa-apa ulasan. Dengan alasan , tiada apa-apa akan disuarakan ketika proses permindahan tampuk kerajaan Amerika. Sehinggalah pengunduran Bush secara rasmi pada 20 Januari 2009 yang akan datang. Pendirian Amerika ini jelas menunjukan sikap berat sebelah mereka terhadap isu ini. Jelas terbukti sudah Amerika amat pro Yahudi. Mereka hanya diam dalam menyaksikan tentera-tentara Israel membunuh orang-orang Palestin.

Terdapat berapa pendapat kenapa Israel memulakan serangan ini. Diantaranya ialah : Sememangnya Israel memusuhi dan menentang Palestin. Sikap perkauman dan benci terhadap umat Arab dan islam , sememangnya amat sebati dalam jiwa Yahudi Israel. Seolah-olah , kedaulatan Negara Israel tidak akan wujud selagi umat Islam masih ada ada semenanjung gaza.Israel juga mahu meneruskan cita-cita mereka , iaitu menjatuhkan Kerajaan HAMAS di Gaza yang diketuai Ismail Haniah. Dan serangan ini juga adalah sebagai pelemah dan menjatuhkan hak penentangan/perlawanan(muqawamah) terhadap Israel.

Israel berani bertindak kerana mereka tidak mempedulikan desakan Masyarakat Antarabangsa. Apatah lagi dengan sokongan yang diberikan oleh Amerika. Ini menyebabkan Warga palestin makin dihimpit tekanan oleh keganasan setiap hari.

Sungguh meruntun hati apabila melihat , rumah kediaman di letupkan. Kanak-kanak yang tidak berdosa di bunuh. Manakala bekalan perubatan amat terhad , sedangkan mereka yang cedera bertambah setiap kali serangan berlaku.Dan hari-hari yang berlalu sejak konflik ini bermula , menyaksikan warga palestin semakin hilang di telan keangkuhan Israel.







- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -