Isnin, 29 November 2010



Kongsikan di Facebook



  • Bangsa Palestin telah mendiami bumi Palestin sejak 1500 tahun dahulu, iaitu sebelum negara Yahudi wujud. 
  • Mereka menetap disana apabila negara yahudi didirikan dan terus menetap hingga kini
  • Bangsa yahudi telah memerintah hanya beberapa bahagian sahaja dari bumi Palestin untuk selama 4 kurun sahaja (1000-586 SM)
  • Pemerintahan Yahudi hancur kepada kerajaan Assyiria, Firaun, Greek & Roman tetapi penduduk asal Palestin terus menetap disana 
  • Pemerintahan Islam adalah pemerintahan paling lama di bumi Palestin iaitu selama 1200 tahun (636-1917M) secara terus menerus, kecuali 1 gangguan dari pemerintahan Salib yang singkat selama 90 tahun
  • Hakikatnya, bangsa Yahudi telah terputus hubungan dengan bumi Palestin sejak 1800 tahun dahulu iaitu sejak 135M hingga ke kurun 20. Ketika itu, meeka tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimpinan & politik di sana
  • Bahkan ajaran kitab mereka sendiri menghalang mereka pulang kesana 
  • Atas dasar ini, gerakan Zionis yang menyeru bangsa Yahudi ke Palestin dianggap sebagai gerakan Murtad 
  • Pengasasnya, Teodore Herzl dianggap kafir oleh Rabbi-Rabbi di Eropah (sehingga kini masih terdapat kaum Yahudi Ortodoks yang berfahaman sebegini seperti Naturei Karta & Sammerites) 
  • Arthur Koestler ahli akademik Yahudi menjalankan penyelidikan dan mendapati 80% Yahudi sekarang ini tidak mempunyai kaitan sejarah sedikit pun dengan Palestin 
  • Majoriti Yahudi sekarang ini berasal dari keturunan al-Khazar (Ashkenzi) dari Khazaria iaitu puak Tartar-Turki Kuno yang mendiami bahagian utara Kaukas (kawasan bekas Soviet) yang memeluk Yahudi pada kurun ke-8 
  • Oleh yang demikian, Yahudi ini sepatutnya pulang ke selatan Rusia, bukan Palestin 
  • Fakta Sejarah menyatakan dengan jelas bahawa kebanyakan bani Israel enggan menyertai nabi Musa berhijrah ke tanah suci Baitul Maqdis 
  • Tambahan pula mereka juga pernah menolak tawaran Raja Parsi yang bernama Cyrus untuk kembali ke bumi Palestin dari Babylon sebelum ini 
  • Sepanjang sejarah Palestin, bilangan Yahudi di Palestin tidak pernah mencapai 40& dari bilangan keseluruhan Yahudi di dunia

- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -