Isnin, 29 November 2010
Isnin , 29/11/2010 – Polis Israel memukul seorang kanak-kanak Jerusalem di Silwan sehinga cedera teruk, pada malam rabu, sehingga patah di kedua tangan dan kakinya – kata bapa kanak-kanak itu.
Mansour al-Reshaq memberitahu Pusat Meda Quds di Hospital Shaari Tzedek bahawa polis itu mengejar anaknya yang berumur 7 tahun, Adam dan tanpa belas kasihan memukulnya dan kemudian menyeretnya ke tanah sebelum meninggalkannya di jalan dengan keadaan berdarah.
Bagi pihaknya, Fakhri Abu Diab, pengerusi Majlis Mempertahan Tanah Silwan, berkata bahawa kanak-kanak itu menderita beberapa patah tulang dan para doktor masih lagi meneliti keadaannya, sambil memberitahu bahawa Adam masih lagi menjerit menahan kesakitan, yang menunjukkan patah di beberapa bahagian yang lain selain kaki dan tangan.
Catat Ulasan