Sabtu, 16 Februari 2013
Muslim tanpa kira status berkumpul solat bersama sebelum bertebaran cari rezeki
Firman Allah SWT: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala kea daan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah al-Jumu'ah, ayat 10)
Dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah Surah al-Muzammil (ayat 20)
Di atas keyakinan dan kefahaman kepada ayat ini, seorang tabiin bernama Irak Bin Malik berdoa selepas solat Jumaat di hadapan pintu masjid: “Ya Allah, aku telah menyahut seruan-Mu, aku telah menunaikan solat seperti yang Engkau fardukan dan aku keluar seperti mana yang Engkau perintahkan, maka kurniakanlah kepadaku da ripada kurnia-Mu kerana Engkau adalah sebaik-baik pem beri rezeki.”
Penghulu hari
Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat is timewa sehingga digelar penghulu segala hari. Kelebihan hari Jumaat dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah me matikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kia mat.” (Riwayat Ibnu Majah)
Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Pernah satu ketika Bani Israel meminta daripada Nabi Musa satu hari untuk mereka berehat dan me numpukan pada amal ibadah. Lalu Nabi Musa men cadangkan mereka memilih Jumaat tetapi orang Yahudi menolaknya dan memilih Sabtu.
Jika diteliti, Ahad dikira sebagai hari pertama se hinggalah Khamis sebagai hari kelima berdasarkan hi tungan hari dalam bahasa Arab. Manakala Jumaat tidak disebut sebagai hari keenam kerana Allah memberi ke istimewaan yang tinggi pada hari itu dengan panggilan Jumaat.
Hari Muslim berkumpul
Pada Jumaat juga, Allah mewajibkan setiap Muslim berkumpul tanpa mengira kaya, miskin, berpangkat atau tidak untuk menghidupkan syiar Jumaat dengan men dengar khutbah serta solat bersama-sama.
Namun, dalam kemuliaan Jumaat, tidaklah bermakna hari itu harus ditumpukan kepada ibadah khusus semata- mata. Bahkan Islam agama yang menyeru kepada jihad dan kesungguhan bekerja melarang seseorang duduk tanpa melakukan sesuatu.
Pernah suatu ketika, Saidina Umar melihat sekumpulan manusia yang masih berada dalam masjid untuk terus beribadah lantas menegur seorang daripada mereka de ngan katanya: “Jangan seseorang daripada kamu sekadar duduk memohon rezeki sambil berkata, Ya Allah, kur niakanlah kepadaku rezeki sedangkan kamu mengetahui bahawa langit tidak menurunkan emas dan perak.”
Kata-kata Saidina Umar ini menggambarkan kaitan rapat antara solat dan usaha mencari kehidupan, antara mencari kurniaan Allah dan mengingati Allah SWT.
Berusaha cari rezeki
‘Bertebaran’ dalam ayat ini memberi maksud seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki dengan cara yang bersistem dan teratur. Bertebaran di muka bumi mempunyai dua maksud, pertama, mencari rezeki dan kurniaan Allah.
Firman Allah SWT: “Dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah.” (Surah Al-Muzammil, ayat 20)
Kedua, memberi maksud bermusafir mencari iktibar dan pengajaran tanda kebesaran Allah di alam maya ini. Firman Allah: “Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah me mulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Ankabut, ayat 20)
Allah SWT mengingatkan kita, dalam kesibukan men cari rezeki Allah janganlah sesekali melupakan-Nya ke rana Dialah yang menentukan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Justeru, Allah menjadikan zikrullah sesuatu yang mudah dan senang diamalkan tanpa mengira waktu dan masa.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang mengu capkan Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Ilallah Wallahu Akbar, Walahaula WaLa Quwwata Illa Billahi Aliyyul Azim sebanyak 30 kali sehari, maka mereka ini tergolong dalam orang yang mengingati-Nya. Dan barang siapa yang bangun pada waktu malam lantas menge jutkan isteri mereka lalu mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka ini juga dimasukkan dalam golongan orang yang mengingati Allah.” (Riwayat Baihaqi)
Namun, jangan kita menyangka bahawa ingatan kepada Allah hanya tertumpu pada solat dan zikir khusus saja tetapi kita boleh mengingati Allah bila-bila masa, ketika sedang menulis, memandu, makan atau bekerja.
Islam agama yang memandu kehidupan dan menyeru pengabdian mutlak kepada Allah tetapi pada masa sama tidak memperkecilkan tuntutan bekerja, berusaha serta mencari rezeki Allah yang maha luas di muka bumi-Nya.
Penulis ialah perunding motivasi Islam Fitrah Power Resources
Catat Ulasan