Isnin, 13 Disember 2010





BAITULMAQDIS: Dua lelaki Palestin terbunuh dan seorang tentera Israel cedera selepas berlaku tembak-menembak di kawasan sempadan di Gaza, kata pihak berkuasa semalam.

Jurucakap tentera Zionis berkata, mereka mengesan dua penduduk Palestin - disyaki militan - berada di kawasan keselamatan yang memisahkan Israel dengan Gaza.

Kedua-dua lelaki terbabit ditembak mati selepas berlaku pertempuran kira-kira 20 minit.

“Ketika memeriksa di kawasan itu, anggota tentera ditembak dan mencederakan seorang daripada mereka,” katanya.

Walaupun pasukan tentera itu membalas tembakan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak.

Tentera yang cedera itu kemudian dibawa menaiki helikopter untuk dirawat Sementara itu, saksi berkata, mereka melihat beberapa lelaki berbalas tembakan dengan tentera Zionis itu sebelum dua kereta kebal dan dua kereta perisai memasuki kawasan kira-kira 100 meter di zon Palestin.



sumber: harian Metro

- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -