Jumaat, 19 November 2010
Isnin, 15/11/2010 - Dua kanak-kanak perempuan berumur 10 dan 11 tahun tercedera di selatan kota Bethlehem pada pagi Khamis apabila seorang pendatang Yahudi yang bersenjata daripada penempatan Tekoa membaling batu dengan ganasnya kepada mereka.
Saksi mata berkata, pendatang yang bersenjata lengkap itu memaki orang Arab dan Muslim. Sumber-sumber tempatan yang lain melaporkan segerombolan tentera Israel dan pengawal sempadan menyerbu kampung Al-Lawziya di kota itu pada hari yang sama serta bertembung dengan pelajar-pelajar sekolah.
Beberapa pelajar terkena semburan gas pemedih mata serta beberapa yang lain pengsan apabila tentera penceroboh menyembur bom tangan dan peluru getah kepada mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
- Back to Home »
- Berita »
- Pendatang Yahudi menyerang dua kanak-kanak perempuan dan seorang wanita tua di selatan Bethlehem
Catat Ulasan