Isnin, 29 November 2010



Kongsi





Isnin , 29/11/2010 - Sekumpulan pendatang Yahudi melepaskan tembakan di kediaman warga Palestin pada Rabu di Kampung Kafr Qadoum, timur Qalalia, di Tebing Barat.

Apabila para pendatang tersebut mendekati kediaman penduduk kampung, mereka melepaskan tembakan secara rawak ke arah kediaman dengan niat untuk menakutkan penduduk tempatan, demikian menurut penduduk kampung.





Tiada yang tercedera di dalam kejadian itu kerana ia berlaku pada waktu malam ketika penduduk kampung sedang tidur, sumber tersebut menambah.

Pendatang Yahudi di kawasan itu memang dikenali kerana jenayah terhadap warga Palestin. Tindakan mereka dilindungi oleh tentera Israel yang membantu menghilangkan sebarang bukti dan jejak selepas setiap kejadian serangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -