Jumaat, 20 Januari 2012

HHRS 2.0 - Agen-agen Freemason yang berada di sebalik runtuhnya Khilafah Uthmaniyah di Turki. Mereka berjaya menjadikan Turki sebagai negara sekular yang anti Islam di bawah ahli Mason, Mustafa Kemal At-Taturk.

Kekuasaan Khilafah Uthmaniyah di Turki adalah kuasa pemerintahan Islam yang wilayah kekuasaannya terbentang luas, sehingga ke Palestin yang pada masa lalu menjadi wilayah yang berada di bawah kekuasaannya. Turki Uthmaniyah juga menjalin hubungan dengan kesultanan-kesultanan Islam di Asia Tenggara, termasuk dengan kesultanan di Naggroe Aceh Daarussalam. Hubungan itu terjalin begitu erat, baik hubungan dagang mahupun hubungan politik. Tidak hairan, jika pada masa lalu, kerajaan kolonial Belanda juga berusaha memutuskan hubungan antara kesultanan di Aceh dengan Turki. Itulah sebabnya pada masa lalu, kerajaan kolonial Belanda berusaha memutuskan hubungan persaudaraan umat Islam dari pelbagai belahan dunia, dengan kempen mengenai bahaya "Pan-Islamisme."

Pada masa lalu Khilafah Uthmaniyah di Turki dianggap sebagai batu penghalang bagi imprealisme Barat dan gerakan Zionisme yang berusaha mendirikan Juden Staat (negara Yahudi) di tanah Palestin yang menjadi wilayah kekuasaan Turki. Kerana itu, Zionisme mendirikan gagasan der Juden Staat dan Inggeris menyokong penuh, sebagaimana kemudian terlihat dalam Perjanjian Balfour. Sehingga pada 15 Mei 1948 sebuah negara haram kaum Yahudi berdiri di tanah-tanah kaum muslimin Palestina. Sebelumnya, pada tahun 1924, Khilafah Uthmaniyah di Turki berjaya ditumbangkan dengan menyusupkan agen-agen Freemason dalam menggerakkan Revolusi Turki Muda (Young Turk Movement) pada 1908.

Konspirasi untuk meruntuhkan kekuasaan Islam di Turki dilakukan secara hebat. Di antaranya menyusupkan sebanyak 50000 Yahudi Dunamah dari Salonika, sebuah wilayah yang sekarang menjadi sebahagian Eastern Greece, ke dalam Gerakan Persatuan dan Pembangunan yang bertujuan mengongkong kekuasaan Sultan Abdul Hamid II. Pada waktu itu, Sultan Abdul Hamid dikenali kerana pejuangannya menolak lobi-lobi aktivis Zionis agar menyerahkan tanah Palestin kepada bangsa Yahudi. Selain itu, para aktivis Freemason juga berkempen di Turki dengan sebutan "The Sick Man in Europe" (Lelaki yang Sakit dari Eropah) sebagai usaha memalukan pemerintahan Islam di Turki.

Kisah kegigihan Sultan Abdul Hamid dalam menolak lobi-lobi Zionis agar menyerahkan tanah Palestin diceritakan oleh Theodore Hertzl, tokoh Zionisme, dalam catatan hariannya. Alkisah, dengan ditemani oleh aktivis dan dua orang miliuner Yahudi, Dr Theodore Hertzel menemui Sultan Abdul Hamid. Kepada Sultan, Hertzel meminta agar diberi keluasan bagi orang Yahudi untuk datang berziarah dan tinggal sementara di tanah Palestin yang pada masa itu berada di bawah kekuasaan Turki. Kepada Sultan, Hertzel menabur janji manis dengan memberikan pampasan yang menggiurkan jika Sultan mengabulkan permohonannya. Pampasan itu adalah:

1. Orang-orang Yahudi bersedia membina armada laut kerajaan Turki untuk melindungi diri dari serangan musuh dari laut sebanyak 120 Juta Frank Switzerland.

2. Orang-orang Yahudi bersedia membayar hutang kerajaan Turki kepada beberapa negeri asing sebanyak 132 juta emas.

3. Orang-orang Yahudi akan memberikan bantuan hutang kepada pemerintah kerajaan Turki tanpa bunga sebanyak 35 juta lira emas, untuk memulihkan kerajaan Turki dan armada lautnya, dan untuk membiayai eksploitasi sumber alam yang ada.

Tawaran menggiurkan itu tidak mendapat respon dari Sultan Abdul Hamid. Bahkan, konon kerana marahnya, sultan sempat meludahi wajah keparat Zionis itu. Sebagaimana ditulis dalam catatan harian Hertzl, Sultan Abdul Hamid ketika itu mengatakan, "Dr. Hertzel agar berhati-hati! Jangan teruskan langkah-langkah lebih lanjut dalam hal ini. Kerana aku tidak akan pernah memberikan sejengkal pun dari tanah Palestin, kerana tanah itu bukan milik peribadiku, tapi milik umat Islam yang diperolehi dengan darah dan nafas mereka. Dan harta-harta orang Yahudi itu supaya disimpan sahaja. Hingga seandainya pada suatu hari mereka boleh merobek-robek kekuasaanku, maka saat itu mereka boleh mengambil wilayah itu. Tetapi hal itu tidak mungkin boleh mereka lakukan selagi aku masih hidup. " (Dikutip dari Dr Ali Garishah, Wajah Dunia Islam Kontemporer, Pustaka Al-Kautsar, 1989, hal.97)

Kamal At-Taturk, ahli Mason dari Turki

Siapa tokoh yang berperanan dalam melakukan sekularisasi di Turki pasca runtuhnya Khilafah Uthmaniyah? Tidak lain adalah Mustafa Kamal Pasha atau Kamal At-Taturk, seorang Yahudi berasal dari Salonika. At-Taturk adalah seorang Yahudi ahli Freemason, bahkan ada yang menyebutnya sebagai Yahudi ateis, yang berjaya menjadikan Turki sebagai negara sekular dan kiblat sekularisme, sebagaimana Soekarno mengidolakannya.

At-Taturk dilahirkan pada 1880 dan meninggal pada 1938. Dia berasal dari keturunan Yahudi Dunamah, yang menyembunyikan kekufurannya dan menampakkan keislamannya. Dia menamatkan pengajian di akademi tentera dan bergabung menjadi ahli Gerakan Turki Muda, dan akhirnya berjaya meruntuhkan kekuasaan Khilafah Uthmaniyah. Perihal At-Taturk dengan organisasi Freemason banyak diulas dalam buku-buku yang menulis tentang dirinya. Nama At-Taturk yang bererti "Bapak Bangsa Turki" disematkan di belakang namanya pada tahun 1934.

Yahudi Dunamah adalah Yahudi yang berasal dari Sepanyol dan kemudian tinggal di Salonika. Diterjemah dari suaraislam

- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -