Sabtu, 20 November 2010




Sabtu, 20/11/2010 : Pemerhati mengatakan situasi di Baitulmaqdis kemungkinan akan meletup dalam keputusan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel untuk menghancurkan ratusan rumah Palestin di bandar.

Perunding Perundangan Israel,Yahuda Feinstein, dalam pertemuan khamis lalu diantara perancangan Israel dan jawatankuasa pembangunan, memberikan arahan untuk menutup sebuah pos penempatan di daerah Silwan dan menghancurkan ratusan rumah Palestin yang berdekatan .


Ahli jawatankuasa pertahanan daerah Silwan, Fakhri Abu Dhiab mengatakan kepada Al-Jazeera bahawa ratusan warga telah menerima notis pengusiran.

Merujuk kepada sumber-sumber di Jerusalem, beliau menambah bahawa Nir Barakat, mendapat kebenaran dari Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel  untuk melaksanakan penghancuran.

Jawatankuasa mengatakan bahawa 340 buah rumah terancam akan dibongkar kerana dipercayai dibina tanpa kebenaran.

Kerajaan Israel bersetuju hanya 60 buah bangunan yang dizinkan kerana diduduki semenjak pada tahun 1967 dibahagian timur bandar itu.

Peguam Jerusalem, Ahmed Al-Roweidi mengatakan dalam siaran PERS pada hari Khamis  yang lalu bahawa lebih dari 20 000 buah rumah di Jerusalem akan dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat di mahkamah Israel, beliau menambah bahawa 100 000 rakyat Palestin harus dikeluarkan dari rumah-rumah mereka dalam usaha untuk menarik lebih banyak penduduk Yahudi berada di penempatan baru.


Wilayah tersebut akan dibangunkan sebagai taman  yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai daerah Tembok Ratapan.


Amerika Syarikat juga memberi kebenaran terhadap Israel untuk meneruskan penghancuran tersebut.

sumber :http://www.palestine-info.co.uk/



- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -