Isnin, 22 November 2010




Isnin, 22/11/2010 - Anggota Hamas, Ismael Al-Ashqar dalam dialog rekonsiliasi di Damsyiq bersama Fatah menegaskan bahawa Fatah mahu berpaling dari isu fail keamanan, dan menolak persepakatan yang telah dipersetujui dalam pertemuan pertama, yang dijalankan September yang lalu, iaitu pembentukan Biro Keamanan.
Al-Ashqar menyatakan dalam sidang media di Gaza pada hari Isnin (15 November), “kami dikejutkan semasa pertemuan di Damsyiq kelmarin dengan sikap berpaling tadah dan perubahan keputusan dan pendirian pihak Fatah berkaitan dengan isu fail keamanan.” Beliau menegaskan lagi bahawa Hamas akan menyelesaikan isu rekonsiliasi nasional secepat mungkin, dan mereka tidak akan mengubah pendirian mereka.
Al-Ashqar menafikan tuduhan ‘Azzam Al-Ahmad (wakil Fatah), bahawa Hamas sedang mendukung agenda Iran, yang digunakan sebagai alasan bagi Fatah yang enggan bertemu Hamas di Damsyiq untuk membincangkan fail keamanan. Al-Ashqar berkata, “tuduhan in adalah tempang dari sudut nasional dan politik”, dan bahawa Hamas “sentiasa bersedia untuk membincangkan isu fail keamanan.” Namun, beliau tetap menafikan bahawa Hamas tertekan dengan apa yang dihadapi semasa rekonsiliasi.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/




- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -