Selasa, 7 Disember 2010





TEL AVIV: Ahli politik Belanda yang pernah menghina Islam melalui filem Fitna, Geert Wilders, menggesa Israel terus membina penempatan haram di Tebing Barat walaupun tidak dipersetujui masyarakat antarabangsa.

Kata Wilders, pembinaan itu mesti diteruskan supaya Israel memiliki sempadan yang boleh dipertahankan melalui Tebing Barat.


“Jordan pula boleh mengambil warga Palestin yang diusir dari Tebing Barat,” katanya.



Isu pembinaan penempatan haram di Tebing Barat menjadi penghalang utama Palestin dan Israel mencapai persetujuan damai melalui beberapa rundingan diadakan sebelum ini.


Walaupun kenyataan Wilders itu tidak mewakili pandangan rasmi Belanda, parti pimpinannya, Parti Untuk Kebebasan, adalah yang ketiga terbesar di negara itu.


Parti Wilders juga memberikan sokongan kepada kerajaan. - AP


sumber: Metro Harian

- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -