Isnin, 22 November 2010






Isnin, 22/11/2010 - Segerombolan tentera rejim Israel menceroboh kediaman, ruang pameran perabot dan kedai-kedai milik seorang usahawan bernama Ali Al-Dudu pada waktu Subuh. Mereka telah merampas sejumlah barangan di rumah, kedai-kedai dan juga tiga kenderaan.
Sumber tempatan mengatakan, segerombolan tentera menaiki 30 kenderaan tentera, jentolak dan trak kargo menyerbu Tulkarem pada jam 2 pagi serta merampas sebahagian besar perabot rumahnya dan juga barangan yang tersimpan di ruang pameran dan gudang.
Tentera penceroboh Israel juga merampas dua kereta dan satu trak yang dimiliki usahawan itu sebelum meninggalkan Tulkarem beserta hasil curian. Nilai barangan rampasan adalah bernilai jutaan shekel.
Tentera rejim Israel telah menculik usahawan tersebut pada Jun lepas, dua hari selepas menahan anak perempuannya Yasmine, seorang pelajar di Universiti Birzeit dan juga anak lelakinya Ziya’a. Kedua-dua anaknya telah disoalsiasat di penjara Jalama.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/




- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -