Jumaat, 19 November 2010




Selasa, 16/11/2010 - Kementerian Hal-Ehwal Agama di Gaza menegaskan sekali lagi bahawa ia menyelar tindakan Israel meluluskan pembinaan kuil Yahudi di Baitulmaqdis. Kementerian tersebut turut mendakwa bahawa perancangan itu merupakan langkah awal untuk mencemarkan kawasan-kawasan suci Islam serta bakal memadamkan mercu tanda bersejarah.
Menteri Hal-Ehwal Agama, Talib Abu Sha’ar berkata pada Ahad, sikap berdiam diri bangsa Arab, para Muslim dan organisasi antarabangsa terhadap pembukaan kuil Kharab berdekatan Masjid Al-Aqsa itu telah menggalakkan Israel untuk meneruskan perancangan pembinaannya.
Abu Sha’ar berkata, Kuil Kharab itu telah menarik lebih 40,000 pelancong Yahudi dan asing. Pihak Israel yang bertanggungjawab dalam hal pembinaan kuil tersebut ialah Taf’urat Israel yang merupakan sebuah syarikat pembangunan. Syarikat itu melabur sebanyak NIS 40 juta dalam projek ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/




- Copyright © Oh! Dunia -Shinpuru v2- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -